Friday, 21 June 2013

Demam cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia ! (Adaptasi Novel)

Assalamualiakum , haii haii korang semua , lama tak update blog . korang mesti layan kan cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia ! adaptasi novel ni . sape layan sep sikit . K gedik ! haha . ni sikit sinopsis cerita SSID :)


Sinopsis:
Syaf tidak pernah terfikir jodohnya dengan Firash,adik kepada kekasihnya Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang ke jinjang pelamin,
 Namun,satu peristiwa hitam mengubah segalanya.

Syaf,Farisah dan Firash masing masing dijemput hadir ke sebuah majlis hari jadi Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merencanakan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash,namun sebaliknya berlaku. Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan mencurigakan.

Datin Farizah(Wilma) telah menasihati Firash supaya berkahwin dengan Syaf. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar. Firash menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf 4 tahun lebih tua daripadanya.Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya (mak Firash) demi menjaga maruah keluarga Datin Farizah dan tidak mahu hubungan adik beradik terjejas kerananya.Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf walaupun Syaf tidak cinta akan Firash. Syaf menganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish.

Perkahwinan Farish dan Syaf dilakukan secara rahsia.Tiada seorang pun ahli keluarga dijemput dan dikhabarkan termasuk bapa kandung Firash dan Farisah Datuk Fakhrul.Farish membawa diri kerana sedih Syaf akan berkahwin dengan adiknya sendiri. Pada hari perkahwinan, Farish terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf, Firash melarangnya untuk hadir ke majlis pengebumian Farish kerana takut status mereka.

Kehidupan Syaf sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan,apatah lagi status mereka masih dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan kawan-kawanya masih meneruskan kehidupan sebagai pelajar jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikutkah kehendak anaknya Firash yang masih kurang matang namun tetap berusaha untuk menyatukan mereka.
Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali mereka bertemu. Kalau bertemu pun, hanya kata-kata sinis dari Firash yang Syaf terima.Syaf tetap terima dan memendam dalam hatinya.Suatu hari Datin Farizah merancang untuk buat kenduri arwah Farish di Terengganu. Syaf turut dijemput,Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat Datin untuk mengelak kemusykilan.

Di sana, Syaf berjumpa dengan rakan universitinya Haqimy yang juga abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka ketika belajar. Melihat kemesraan Syaf dan Haqimy,Firash jadi cemburu.
Dalam marah dan cemburu pada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula menyukai Firash,dia menerima sepucuk surat dan sekeping vcd menunjukkan kemesraan Rania dan Firah. Raina masih tidak berputus asa menggoda Firash walaupun mereka adik beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul.

Yang ni copy paste sebenarnya , jenuh nak menaip . :)


Okay ni Novel Sebenarnya Saya Isteri Dia ! dan serba sedikit sinopsis cerita ni .

Okay ni adalah pelakon watak Firash Arshad dan Syafa Aqira :)
Akibat tengok cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia ! (adaptasi novel ke drama)sampai baca novel ni berulang kali , hehe :D

okay salah satu gambar dalam cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia ! Sweet tengok dorang :)

Okay sampai sini jelah kali ni , kalau nak cerita pun bila nak habis kan. okay bye - bye :)

Friday, 10 May 2013

FRIENDS

Haii , dah lama laa pulak tak update blog ni , maklum lah exam pertengahan tahun , hari ini (10/5/13) hang dengan adiba and nabieyla . sunyi kan kalau takde kawan , terase sepi , kosong , automatik kite akan jadi diam kalau takde kawan . Kawan nie sebenarnye penting kan bagi manusia , dan kawan jugak lah tempat kita mengadu , macam-2 masalah kan , gaduh dengan pakwe , gaduh tu , gaduh ni , hmm , semua orang mesti ade bestfriend sendiri kan , kalau kawan sejati , dia akan betul kan atau tegur kite kalau kite ade buat salah dan silap , bukan mencari salah kite dan mengaibkan kite , dan dia  akan tolong kite dalam ape keadaan sekalipun .. :( okay , that's all .. Bye 

nie eyqa and nabieyla , hang semalam (10/5/13) , hang dekat megamall jee , comelkan nabieyla . :D


Gwiyomi , hehehe , nak video malu , snap jelahh , yg tukang snap gambar nie eyqa lahh , hee pape pun comel kan mereka .